Artileri gerak sendiri
Artileri gerak sendiri

Artileri gerak sendiri

Artileri gerak sendiri (juga dipanggil sebagai artileri bergerak atau artileri lokomotif) merupakan sejenis kenderaan yang memboleh artileri untuk bergerak. Istilah ini merangkumi meriam gerak sendiri (atau howitzer) dan artileri roket. Ia merupakan kenderaan yang bermobiliti tinggi, biasanya menggunakan runut caterpillar dengan membawa sebuah meriam howitzer atau meriam medan yang besar, sebuah mortar atau di dalam bentuk pelancar roket atau peluru berpandu. Artileri gerak sendiri biasanya digunakan untuk pengeboman jaak jauh bagi menyokong pasukan di medan pertempuran. Dahulunya, artileri gerak sendiri merangkumi kenderaan tembakan terus seperti meriam serbuan dan pemusnah kereta kebal. Kenderaan ini dilengkapi dengan perisai berat, yang memberi bantuan tembakan dekat untuk pasukan infantri dan kenderaan khusus bagi tugas anti kereta kebal.Kenderaan artileri gerak sendiri moden meskipun menyerupai sebuah kereta kebal, ia secara umumnya memiliki perisai yang nipis, yang mana sukar melepaskan diri daripada tembakan terus di dalam pertempuran. Walau bagaimanapun, ia masih dapat melindungi krew daripada serpihan peluru dan senjata kecil dan kerana itu dikelaskan di dalam kenderaan tempur berperisai. Banyak kenderaan ini juga dipasang dengan mesingan untuk mempertahankan diri daripada tembakan infantri musuh.